Dunia Zumal

19 Feb 2017

PERKHIDMATAN ALA UBER DI PERLIS


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Pada hari ini zumal nak review perkhidmatan ala uber di Perlis. Perkhidmatan ini ditawarkan kepada mereka yang berkunjung ke Perlis dengan menggunakan perkhidmatan awam. Bila anda semua shopping sekitar Perlis dah tentu perlukan kenderaan untuk membawa anda ke penginapan, stesen bas, stesen KTM dan di mana sahaja anda mahu pergi. Misalnya jika anda datang ke Perlis menggunakan tren tapi ingin ke Kuala Perlis, anda boleh menggunakan perkhidmatan ini. Begitu juga kalau anda dah shopping di Padang Besar, barang banyak sangat nak angkut inilah masanya anda memilih perkhidmatan ini. Begitu juga kalau dari penginapan nak ke tempat makan atau shopping juga disediakan. Paling penting anda perlulah menempah perkhidmatan ini lebih awal. Hubungi 01140793530 untuk booking. Anda juga boleh whatsapp untuk sebarang pertanyaan lanjut. 

14 Feb 2017

SIAPA SAFUAN GROUP

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Hari ini adalah pelancaran dan majlis pecah tanah projek mega Kangar City Centre dengan kerjasama PKENPs dan Safuan Group. Sejak ura-ura projek ini bakal dibangunkan, ramai duk berperang dalam laman sosial terutama di group facebook dan fan page berkaitan dengan Negeri Perlis. Zumal ni terbuka hati la kepada mereka-mereka yang duk kondem projek mega ni. Kalau korang nak memperlekeh pun rasanya kena tengok juga projek milik siapa kan? Depa duk kata K-PARK dah bertahun tak siap. Untuk makluman korang, fasa pertama dah buka untuk jualan pun. Dah ada pembeli dan ada yang nak menyewa. Kekadang mentaliti kita tak boleh ubah, duk fikir bab negatif ja. Lagi satu bab kata hilang kehijauan dan kecantikan alam semulajadi, emm tak rasanya, bukan pi gondol bukit pun. Memang kawasan strategik yang digunakan. Sebelum ni tempat-tempat tu hanya semak samun je. Apa pun kawan-kawan kita doakan yang terbaik untuk Negeri Perlis ni. Kalau maju pun untuk generasi masa depan kita juga.

Safuan Group


Dalam entri ni jom kita kenali siapa Safuan Group. Safuan Group telah wujud sejak tahun 1978 berpangkalan di Kuala Lumpur dan juga berdaftar di Singapura, Korea Selatan dan Jakarta. HQ Safuan Group teletak di Penthouse, Menara Safuan, No. 80 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur. Syarikat ini adalah konglomerat berskala besar dalam bidang hartanah. Pengerusi Safuan Group adalah Dato Sri Matshah Safuan.

Safuan Group juga bergiat dalam bidang hospitaliti dan memiliki beberapa rangkaian francais Regency International Hotel Incorporated. Berikut antara projek-projek oleh Safuan Group.



Oklah bukan nak gebang besar la. Zumal rasa dari segi sejarah dan bidang yang dikuasai oleh Safuan Group kita doakan projek pembangunan Kangar City Centre (KCC) menjadi kenyataan suatu hari nanti. 

gambaran artis Kangar City Centre
info dari www.safuan.com

TEMPAHAN NOMBOR PLAT RQ

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Untuk hari ni zumal nak kongsikan maklumat kepada anda semua khususnya penduduk Negeri Perlis. Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Perlis bakal membuka tempahan untuk nombor plat kenderaan siri RQ. Maklumlah siri nombor plat ini antara yang dinanti-nantikan seperti nombor siri RM sebelum ni.

Untuk makluman semua, sesi tempahan nombor  akan dibuka pada 16 Februari 2017 hingga 2 Mac 2017 pada jam 12.00 tengah hari.

Semoga maklumat yang zumal berikan dapat membantu anda semua... 


13 Feb 2017

TAWAN PUNCAK KEDUA

welcome to perlis


Assalamualaikum dan Salam Sehati Sejiwa semua. Berjumpa lagi kita dalam warkah terbaru kat Dunia Zumal ni. Zumal rasakan hati ni tak sehappy selalu dan kerana tu juga macam-macam zumal buat untuk rawat hati ni. Sejak bergiat dalam hobi baru iaitu mendaki or bahasa kampungnya hiking, itulah aktiviti yang zumal buat bagi melupakan masalah di benak fikiran ni.

Petang semalam 12 Februari 2017, zumal bersama 4 orang rakan telah berjumpa untuk mendaki Bukit Mas. Bukit Mas ni kedudukannya dalam kawasan Ulu Pauh. Kawasan kuari tepi highway Kuala Perlis - Changlun. Di puncak bukit ni terletaknya mercu tanda Welcome To Perlis yang korang boleh nampak bila memasuki sempadan Perlis dari arah Changlun. Fokus kami nak pergi kat mercu tanda tu je.

Bukit Mas ni tak tinggi mana pun maybe dalam 100 meter lebih kot. Entah la tak ada orang ukur beb. Zumal sampai situ dalam pukul 6.10pm rasanya. 15 minit dah sampai puncak. Mulanya kami janji nak pergi jam 5.30 petang tapi disebabkan zumal sesat kat negeri sendiri terimalah kelewatan lebih 30 minit. Maklum la kita ni duk rumah je.

Kat puncak Bukit Mas ni cantik juga viewnya, jum ler layan gambar zumal dengan kawan-kawan yer...

Semasa mendaki, dalam gambar ni namanya Syed rakan sebelah ofis







Itu je kot gambar buat kali ni, lain kali bila zumal hiking nak ambil gambar banyak-banyak. Selamat bekerja ye semua...

21 Jan 2017

MENAWAN PUNCAK BUKIT LAKA

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Minggu lepas semasa berborak dengan Nurul iaitu rakan sekerja zumal mengenai hobi yang semakin hilang semenjak bekerja sekarang. Zumal pun terfikir apa hobi zumal ye? Hobi zumal berblog la masa tak kerja dulu. Lepas tu nak tambah hiking sebagai hobi baru. Tapi selepas dapat kerja ni hanya setempat ja mampu hiking tahun lepas. Tak jadi hobi juga kalau tak lakukan Secara kerap. 

Malam tu tetiba ada lak cik kak sorang ni tetiba ajak hiking. Terkejut zumal. Sebab sebelum ni tak pernah ajak pun. Zumal suka sangat la ada orang ajak tambahan pula dari rakan sekepala zumal tu, Fiza. Tak padan dengan kecik tapi sangat aktif dan lasak orangnya. Zumal memang tak tolak jemputan Fiza tu, maklum ler satgi merajuk. Kebetulan masa tu dah Jumaat malam. Persediaan kena buat untuk nak hiking tu. Nak hiking hari ahad jadi sepetang hari sabtu zumal bersenam kat mini gym di ofis. Memang dah biasa bergym di ofis cuma sabtu tu padat sikit aktiviti yang zumal buat. 

Kerana tak sabar nak hiking, pagi ahad terjaga 3.48 pagi. Terus bersiap. Pukul 5.10 keluar dari rumah untuk solat subuh di masjid berdekatan rumah Fiza.  Sebab rumah dia setengah jam perjalanan dari rumah zumal. Sampai di masjid awal juga. Berehat di situ,  solat. Jam 6.30 pagi bertolak ke rumah Fiza. Sebenarnya takut gak nak bawak anak dara orang  subuh-subuh ni. 

Lepas jemput Fiza, zumal ke Felda Chuping untuk jemput kawan Fiza. Sesat kat situ. Hehe. Dah jumpa tu kami terus bertolak ke tempat perjumpaan di RnR berhadapan Politeknik Tuanku Syed Sirajudin,  Pauh Perlis. Berkumpul bersama rakan-rakan hiking dari I Hikers. Cikgu Hairil sebagai ketua kumpulan beri sedikit taklimat. Dalam 7.30 pagi kami dah sampai ke lokasi hiking iaitu Bukit Laka atau Bukit Botak. Lokasi bukit ni di sempadan Perlis dan Kedah. Ketinggian cuma 325 meter ja. Treknya lebih 2 km. 

Laluan trek Bukit Laka ni landai juga kalau nak dibandingkan dengan Wang Gunung yang pernah Zumal naik bulan 5 tahun lepas. Alhamdulillah tak penat sangat. Cuma kalau panas bahannya amat terasa sebab bukit ni telah digondolkan untuk penanaman getah. 

100 meter pertama rasanya tak terlalu susah. Tapi masuk ke tahap seterusnya kami perlu gunakan tenaga yang lebih untuk memanjat. Macam selalu zumal antara orang yang terakhir sampai. Sebab ada problem sikit masa dipertengahan jalan tu. Biasalah benda yang kita jarang buat jadi semput la sikit. Cikgu Hairil jangka 45 minit dah boleh tiba di puncak tapi kerana zumal dan geng ni pukul 11 baru sampai atas. 

Dari puncak bukit ni, kita boleh nampak pemandangan bukit bukau lain dan kebun-kebun getah dan kelapa sawit yang ada. Dapat juga tengok UniMap dan Politeknik dari atas. Depa kata kalau naik awal boleh tengok matahari naik dan kalau sebelah senja boleh nampak matahari terbenam dengan cantik. 








Masa naik ambil masa tapi masa turun tu kami ambil masa dalam 1 jam ja. Alhamdulillah zumal berjaya mendaki tanpa guna pam pun. Semput tak kritikal sangat. Sepatutnya pagi ni pun cik kak tu ajak hiking lagi tapi dia pula yang tak sihat. Moga dia cepat sembuh...

18 Jan 2017

TEH HERBA RERAMA

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Baru-baru tempat kerja Zumal telah berjinak-jinak dalam projek tanaman herba Pokok Rerama

Pokok Rerama 


Pokok Rerama atau nama saintifiknya Christia Vespertilionis mula mendapat perhatian dunia apabila para pengamalnya mengalami pelbagai perubahan kesihatan yang menakjubkan. Tumbuhan ini turut dikenali sebagai Daun Kelawar, Butterfly Wing atau Bian Fu Cao (di China). Ia berasal dari rantau Asia dan telah lama digunakan dalam perubatan tradisional di Thailand.

Hasil daripada pengalaman pengguna herba ini, ia dipercayai mampu merawat kanser dan beberapa penyakit lain seperti angin ahmar (strok), darah tinggi, kencing manis, asma, migrain, resdung, denggi, demam campak, masalah usus serta penyakit SLE (Sistemik Lupus Eritematosus). Bagus kan herba ni?
pokok rerama

daun rerama kering sedia untuk dijual

Pengguna herba rerama turut melaporkan khasiat teh rerama sebagai mampu merawat:

✔Masalah Berkaitan Darah

✔Masalah Kolesterol/Asid Urik (Gout)

✔Penyakit Kulit (termasuklah ekzema dan psoriasis)

✔Senggugut

✔Thyroid

✔Angin dalam badan

✔Denggi

✔Stroke

✔Darah Tinggi

✔Kencing Manis

✔Masalah Usus (Gastrik/Sembelit)

✔Asma

✔Migrain

✔Resdung

✔Tibi

✔Demam Campak

Beberapa institusi penyelidikan mula membuat kajian terhadap herba rerama ini untuk mengesahkan manfaatnya. Sehingga hari ini, kajian yang dibuat menunjukkan hasil yang positif walaupun masih belum diisytiharkan secara rasmi. Maklumlah, mereka memerlukan bukti-bukti saintifik di samping melibatkan responden yang ramai.

Pasukan penyelidik Universiti Putra Malaysia turut membuat kajian dan menemui ciri-ciri anti barah dan anti keradangan pada pokok rerama ini.

Jika korang berminat untuk mendapatkan Daun Rerama Kering boleh la berhubung dengan Pusat Aktiviti Warga Emas Perlis di talian 04-9765587 atau hubungi zumal di 01140793530 untuk maklumat lanjut.