Teddyville Museum Penang

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa ye semua. Siapa kat sini suka teddy bear? Kalau suka jom baca kisah pengembaraan Zumal dan rakan-rakan sekerja serta geng blogger utara ke Teddyville Museum di Penang pada 31 Ogos 2016 yang lalu.

Teddyville Muzeum Penang



Teddyville  Museum Penang 

Teddyville Museum ni adalah muzium teddy bear pertama di Malaysia tau. Teddyville Museum terletak Batu Ferringhi Penang. Dalam Teddyville Museum ni menempatkan pelbagai sejarah tentang teddy bear serta koleksi teddy bear yang terdapat di dunia. 

Bila korang masuk je Teddyville Museum korang akan ternampak teddy besar sedang menunggu korang di lobby museum. Besar dari orang tapi tetap cute. Kalau korang nak tahu dari segi sejarah teddy bear asal tak secomel yang kita tengok sekarang, semua bengis dan ganas melambangkan sifat sebenar bear or beruang kat dalam hutan. Kat sini korang boleh koleksi teddy bear yang tak tahu senyum tu. Koleksi bersejarah tu nilai dia lebih RM20k tau. Harga sekor teddy tau. Terkejut dengar!

Kat sini korang akan jumpa teddy bear yang menggambarkan icon negeri Pulau Pinang. Teka siapa teddy kat atas tu? Itulah P. Ramli. Tengok misai pun tahu. Dalam zon ni kita didendangkan dengan lagu Tan Sri P. Ramli. Sepatutnya Saloma yang bergambar sebelah tu kan?

Kat atas ni Zumal tengah gunting rambut di kedai teddy bear. Dedulu suasana macam tu la kedai gunting. Ni kira korang tengah jelajah ke masa dulu.
Kat atas ni mesti korang boleh teka siapa kan? Teddy yang macho tu menggambarkan Datuk Lee Chong Wei manakala teddy kat sebelah tu Dutuk Nicol Ann David. Mereka berdua icon sukan kelahiran Penang.


Mak cik teddy buat apa tu yer??? Malaysia kita terkenal dengan industri pembuatan batik. Teddy kat atas tu menggambarkan suasana dalam industri tersebut. Pelbagai lagi yang dipaparkan di Teddyville Museum ni untuk menggambarkan masyarakat di Penang bahkan juga di Malaysia.
Kat atas ni suasana tempat makan yang tidak asing lagi di Penang. Nampak jelas suasana sibuk kat situ yang dihiasi watak-watak teddy bear yang kiut. Gambar di bawah pula menggambarkan masyarakat Melayu di kampung dalam suasana menyambut hari raya. Meriah kan? 


Pelbagai lagi watak-watak teddy dalam Teddyville Museum ni digunakan untuk menggambar sosio budaya dan sejarah di Penang khususnya dan di Malaysia amnya. Korang boleh ikuti review oleh rakan-rakan blogger utara yang lainnya di link berikut, ARZ MOHA | PHA IS | CIK EN | FARAH | MARSHA| YUI  |ZARUL FARHANA| HUSNA |Sebelum akhiri review Zumal, jom kita layan gambar yer.
Lepas korang mengembara di Teddyville Museum korang boleh shopping pelbagai barangan menarik di sini.

Zumal dan Nurul dikecilkan kat sini oleh Fiza
Gambar kenangan blogger utara di Teddyville Museum 

Zumal dan Fiza

Terima kasih kepada pihak Teddyville Museum yang menerima kunjungan kami. Terima kasih juga rakan-rakan blogger utara yang menjemput Zumal bersama sertai review ini dan tak lupa peneman Zumal dari Perlis iaitu Faizatul Fiza dan Nurul Aneeza.

Kepada yang berminat mengunjungi Teddyville Museum, berikut adalah rate yang perlu ada dalam bajet korang.

Alamat:
TEDDYVILLE MUSEUM PENANG
(Ground Floor) DoubleTree Resort by Hilton Penang
Jalan Low Yatt, Batu Ferringhi
11100, Penang 




Comments

  1. Macam best tempat nie, nanti nak masuk dalam list la..

    ReplyDelete
  2. budak2 mesti suka pegi museum mcm ni

    ReplyDelete
  3. bestnya laa kalau bawa anak2 kak ana ke sini Zumal, mana tahu satu hari nanti boleh singgah sini kan :)

    ReplyDelete
  4. MENARIK MUZIUM TEDDY BEAR DGN AKTIVITI COMEL...RAMA MINAT NKPI TENGOK NI

    ReplyDelete
  5. hampir ratusan teddy bear yang terdapat disini kan...

    nasib baik ada peneman...

    ReplyDelete
  6. bestnya Zumal..nanti mummy balik Penang. Cheq nak pi la..

    ReplyDelete
  7. Bestnya! Mesti bebudak suka menjerit pekak telinga kami oghang dewasa.. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oqhang dewasa pun ada yang excited lebih tapi kena cover depan budak2

      Delete

Post a Comment

Popular Posts